Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan......
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....
Friday, July 10, 2009
ReNuNgaN
Posted by AisYaa at 2:28 AM 0 comments
Friday, May 8, 2009
Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan
Posted by AisYaa at 11:50 PM 0 comments
IbU...
apakah hadiah yg plg bermakna yg anda telah berikan kpd ibu ??
adakah anda ingt tarikh lahir ibu anda??
apakah kegemaran ibu??
pernah kah anda memberi hadiah yg plg bermakna kpd ibu??
penah kah ibu menghadiahkan hadiah di saat ulang tahun anda??
pernah kah anda terpkir bagaimana ibu menjaga kandungan nya sewaktu mengandungkan anda??
pernahkah anda menguris hati ibu??
pernahkah anak terpkir apa yg bermain di hati stiap ibu??
brapa lamakah masa anda luangkan utk bersama ibu??
pernahkah anda terpikir apa yg ibu harapkan dr anak2 nya??
pernah anda terpkir utk mengucpkan satu ungkp yg mudah ini kpd ibu " terima ksih ibu kerana telah melahirkan sy"....pernah kah??
pernahkah kita tau yg ibu telah byk berkorban demi kita??
pernahkah kita mendengar ibu mengeluh setiap kali kita menangis di mlm hari mintk disusukan??
pernahkan ibu menggabaikan kita disaat anaknya dmam??
pernahkah kita terpikir hadiah yg bermakna apakah yg tlah kita hadiahkan kepada ibu ??
pernahkah kita mendoakn ibu??
jika anda syg kan ibu...mulai saat ni..ucpkan lah terima ksih kpd ibu yg telah melahirkan kita di muka bumi nie...hormati la stiap kata2 ibu...
jaga lah hati ibu...berikanlah hadiah yg plg membwa kebhagian kpd ibu.....
apabila sdh berjaya jgn sesekali lupakan ibu...sesungguhnya ibu adalah satu2 nya ibu kita di muka bumi nie...tiada gantinya...renung3 kan lah..
Posted by AisYaa at 11:36 PM 0 comments
Lupakan Masa Lampau
Usah buang masa fikirkan kesilapan masa lampau yang tak dapat diperbaiki lagi. Lupakan masa lampau, kerana kita sudah tidak dapat mengubahnya.
Fokus masa depan, kerana kita masih ada peluang besar untuk menjadikan ia lebih bahagia. Setiap kali fokus pada apa yang kita mahu, serta merta kita akan rasa teruja dan mahu berusaha, sebab kita rasa ada peluang mencapainya.
Ingat! Jangan sesekali pandang ke belakang, sebab ia akan menarik memori silam, juga emosi-emosi buruk dari kenangan silam ke ingatan kita. Kesannya, kita asyik ingat kesilapan di masa lampau lalu membuat kita terkurung dalam “perangkap mental” yang kita cipta sendiri.
Sikap kita bertukar menjadi yang negatif, sebab fikiran kita dipenuhi emosi negatif (emosi buruk) yang terbit dari ingatkan kita tentang masa lampau. Kita mudah meracau, hilang keyakinan diri, tertekan, gusar, tak nampak jalan untuk berjaya dan tak mahu berubah.
Kita tak akan terfikir kejayaan di masa akan datang, sebab fikiran kita fokus melayan memori silam yang kelam.
Mulai hari ini, beranikan diri untuk melupakan masa lampau, selupa yang mungkin supaya Anda boleh berubah menjadi orang yang punya sikap positif, sepositif yang mungkin, sebaik yang mungkin, secemerlang yang mungkin.
Beranikan diri berubah untuk kecemerlangan hidup Anda!
Posted by AisYaa at 6:45 AM 0 comments
Sibukkan Diri Berfikir Bagaimana Memperbaiki Hidup
Tabiat suka berkata tentang hal orang lain adalah satu tabiat negatif sebenarnya. Bila kita sudah terbiasa berkata tentang hal orang lain, biasanya kita akan kata hal yang buruk-buruk, yang kita seringkali tak puas hati.
Jadi, setiap kali kita berkata tentang sesuatu yang kita tak puas hati, ada emosi amarah disitu. Lebih kerap Anda melakukannya, lebih banyak emosi negatif bersarang di fikiran Anda.
Kesannya, Anda susah nak berubah jadi orang yang bersikap positif . Mulai hari ini, kikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain.
Saya faham, nak mengikisnya tu mengambil masa. Biar kita berubah langkah demi langkah, biar pelan-pelan, jadi ada kesan!
Biarlah mereka dengan hal mereka, kita pula, biar kita sibuk dengan hal kita.
Doakan kejayaan mereka, kesejahteraan mereka, kerana itu lebih bermakna dari asyik berkata tentang hal mereka.
Usaha untuk memgikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain.
Posted by AisYaa at 6:36 AM 0 comments
MaKna LuaR BiaSa
Lance Armstrong berlatih 6 jam sehari, dari pagi sampai ke tengahari sedangkan atlit lumba basikal yang lain berlatih 2 jam di waktu pagi dan dua jam di waktu petang.
Azizi Ali, membaca lebih 700 buku tentang wang, pengurusan kewangan dan apa saja yang berkaitan dengan jutawan. Bahkan, ada beberapa buku yang dibaca olehnya lebih dari 100 kali. Kebanyakan orang cuma membaca 100-400 buku, tapi Azizi Ali kini dah membaca lebih 700 buah buku!
Ahadiat Akashah, menulis dan menerbitkan lebih 55 buah novel dalam setahun, sedangkan penulis novel lain biasanya menerbitkan 3 novel setahun.
Orang luar biasa senang di kenalpasti. Mereka rajin, sanggup belajar dan sanggup berusaha keras, sanggup menerima kritikan, sanggup bangkit dari kegagalan dan setiap saat, sentiasa bersyukur atas semua yang dikurniakan pada mereka.
Posted by AisYaa at 6:28 AM 0 comments